Pembekalan Pakaian Seragam, Aksesori Dan Kelengkapan Polis Dan Polis Bantuan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya, KOP Tradtech Sdn Bhd telah diberi kelulusan oleh PDRM untuk membekal, menjual termasuk menjahit semua pakaian seragam “Head to Toe” (HTT) pelatih-pelatih Polis Bantuan yang sedang mengikuti Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) di PULAPOL bagi tujuan penyeragaman dan pematuhan spesifikasi yang ditetapkan oleh PDRM.
KOP Tradtech Sdn Bhd juga membekalkan pakaian seragam, aksesori dan kelengkapan kepada anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Harga barangan yang dibekalkan amat berpatutan serta berdaya-saing. Pembekalan ini tidak hanya terhad kepada PULAPOL tetapi juga termasuk dengan agensi – agensi polis bantuan lain seperti MALAKOFF, KWSP, YTL dan lain – lain.
Tingkat 3a, Bangunan Koperasi Polis, No. 1, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Isnin – Jumaat
09:00am – 05:00pm
Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat atau komen untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.
Dapatkan berita dan promosi terkini kami.
Hakcipta © 2024 KOP TRADTECH SDN BHD (1141285-A). Hak cipta terpelihara.