Pembekalan Kasut PDRM Dengan
Kerjasama Bata

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya, KOP  Tradtech Sdn Bhd telah bekerjasama dengan syarikat Bata dalam  pembekalan kasut kerja dan operasi kepada anggota dan pegawai Polis  Diraja Malaysia…

Pembekalan Pakaian Seragam, Aksesori Dan Kelengkapan Polis Dan Polis Bantuan

Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad melalui anak syarikatnya, KOP Tradtech Sdn Bhd telah diberi kelulusan oleh PDRM untuk membekal, menjual termasuk menjahit semua pakaian seragam “Head to Toe” (HTT) pelatih-pelatih Polis Bantuan yang sedang mengikuti Kursus Asas Polis Bantuan (KAPB) di PULAPOL bagi tujuan penyeragaman dan pematuhan spesifikasi yang ditetapkan oleh PDRM…

Pembekalan Peralatan Perlindungan Kesihatan

KOP Tradtech Sdn Bhd turut membekalkan peralatan perlindungan  kesihatan PPE COVID-19. Antaranya; pelitup dan pelindung muka, sarung  tangan, sut pelindungan diri PPE, boot cover, hand sanitizer dan lain-lain…

Pembekalan Peralatan Am

Pembekalan peralatan am melalui penyertaan  tender – tender dan sebutharga yang dikeluarkan melalui perolehan, kontrak kerajaan dan lain-lain. Pembekalan barangan am yang berkualiti pada harga berpatutan kepada agensi  kerajaan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan dan lain-lain lagi. 

Pembekalan Peralatan Pejabat, Mesin Cetak Dan Alat Tulis

Pembekalan peralatan pejabat, mesin cetak dan alat tulis turut dijalankan  oleh KOP Tradtech Sdn Bhd dengan mengambilkira pembekalan  keperluan pejabat yang berkualiti pada harga berpatutan kepada agensi  kerajaan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Koperasi Polis Diraja  Malaysia Berhad serta anak-anak syarikatnya.

Pembekalan Pakaian Korporat, T-shirt Dan Cenderahati

KOP Tradtech Sdn Bhd juga menyediakan pakaian korporat, t-shirt dan  cenderahati kepada semua agensi kerajaan dan syarikat swasta. Antaranya adalah; baju korporat, kemeja F1, baju kot, t-shirt berkolar,  t-shirt, lanyard, buku diari, kalendar, buku nota, piala, medal, insignia, mug,  payung dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan Pengurusan ICT

Sistem pengurusan perkhidmatan ICT KOP Tradtech Sdn Bhd,  menyediakan penyelesaian perkhimatan penyelenggaraan IT, yang melibatkan tenaga kerja dari  pakar-pakar terbaik dan diperakui dalam industri, dengan adanya  bantuan sokongan 24jam secara langsung, amalan terbaik ITIL yang diuji  dan terbukti dalam menyalurkan pengendalian IT serta teknologi  bertaraf dunia. Semua ini termasuk dalam perjanjian perkhidmatan  yang menjamin kepuasan pelanggan dari sudut kewangan.

Alamat Syarikat

Tingkat 3a, Bangunan Koperasi Polis, No. 1, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat
09:00am – 05:00pm

Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat atau komen untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.

Buletin

Dapatkan berita dan promosi terkini kami.