Sistem pengurusan perkhidmatan ICT KOP Tradtech Sdn Bhd, menyediakan penyelesaian servis IT, yang melibatkan tenaga kerja dari pakar-pakar terbaik dan diperakui dalam industri, dengan adanya bantuan sokongan 24jam secara langsung, amalan terbaik ITIL yang diuji dan terbukti dalam menyalurkan pengendalian IT serta teknologi bertaraf dunia. Semua ini termasuk dalam perjanjian perkhidmatan yang menjamin kepuasan pelanggan dari sudut kewangan.
Perkhidmatan KOP Tradtech Sdn Bhd juga bertujuan untuk mengurangkan kerumitan dalam menguruskan ‘server’ pelanggan. Keberkesanan perkhidmatan bakal menjadikan Jabatan IT syarikat pelanggan sebagai penanda aras dalam memanfaatkan penggunaan teknologi terkini tanpa perlu risau berkenaan dengan perkakasan atau masalah yang berkaitan penyelenggaraan sistem komputer.
Sistem sokongan KOP Tradtech Sdn Bhd juga telah diperluas dari pelbagai bidang perniagaan termasuk, projek rangkaian, pentadbiran aplikasi & perkhidmatan IT yang komprehensif, perkhidmatan pengurusan data, keselamatan, komunikasi & kolaborasi (penyelesaian produktiviti komunikasi) dan untuk perkhidmatan sokongan pengguna.
KOP Tradtech Sdn Bhd turut membekalkan peralatan dan perisian berasaskan teknologi dan IT dalam membantu agensi kerajaan dan swasta terutamanya Polis Diraja Malaysia membenteras kegiatan jenayah siber. Bidang teknologi dan IT ini tidak asing lagi terutamanya dalam pemberantasan jenayah komersial dan siber dalam era globalisasi masa kini. Peralatan berteknologi tinggi haruslah disediakan bagi memastikan keselamatan awam dan negara terjamin.
Tingkat 3a, Bangunan Koperasi Polis, No. 1, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Isnin – Jumaat
09:00am – 05:00pm
Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat atau komen untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.
Dapatkan berita dan promosi terkini kami.
Hakcipta © 2024 KOP TRADTECH SDN BHD (1141285-A). Hak cipta terpelihara.